Friday, December 15, 2006

Fakta Yang Boleh Dipakai!!

FAKTA-FAKTA MENARIK

1. Mao Tse tsung tidak pernah memberus gigi sepanjang hayatnya. Beliau
mengunakan air teh utk berkumur dan akan mengunyah daun teh mentah utk
membersihkan giginya.

2. Purata sebatang pensel boleh melakar garisan lurus sepanjang 56 km atau
menulis 50,000 perkataan. America menghasilkan dua bilion batang pensel setiap
tahun. Jika kesemua pensel itu digunakan utk membuat garisan lurus ia boleh
membuat bulatan mengelilingi bumi sebanyak 9 kali

3. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari
atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.

4. Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20
tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune.

5. Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud
tidak,

6. Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel
kulit kita yang mati.

7. Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk
melancarkan proses penghadaman.

8. kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di
daratan

9. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi
jalan raya sepanjang 96,000 Km

10. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi
kawasan seluas 9.2 meter persegi.

11. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

12. Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.

13. Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh
badan

14. Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih
daripada 5 juta tahun lagi.

15. Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan
setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.

16. Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh
lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat
mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.

17. Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.

18. Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah
dan ultraungu

19. Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu
darah

20. Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan
kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk
mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.